Ahad, 20 April 2014

MAJLIS PENUTUPAN VOKTEK 2014 ZON PULAU PINANG


         BUKIT MERTAJAM, 19 APRIL 2014 : Karnival VOKTEK Peringkat Zon Pulau Pinang telah pun melabuhkan tirainya semalam. Tuan rumah kali ini, KV Seberang Perai (KVSPPP) telah pun berjaya menganjurkan kejohanan yang disertai oleh 5 kolej dan sebuah sekolah menengah teknik . 

        Barisan tetamu kehormat
     Selain KVSPPP,kolej lain yang memeriahkan karnival kali ini adalah Kolej Vokasional Nibong Tebal, Kolej Vokasional Butterworth, Kolej Vokasional Balik Pulau, Kolej Vokasional Batu Lanchang dan Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra.

Suasana di dalam Dewan AlAdzim semasa upacara perasmian penutup

         Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra telah menjadi Juara Keseluruhan bagi edisi tahun ini. Satu majlis penutup telah di adakan di Dewan Al Adzim, KVSPPP dan dirasmikan oleh Pegawai Pejabat Daerah SPT.

        Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang

       Kemeriahan majlis perasmian penutup yang dihadiri oleh guru dan wakil dari kolej masing-masing. Pemberian hadiah dan pengumuman pemenang disampaikan kepada para atlit sukan yang berjaya kali ini.
       

          Diakhir majlis juga menyerahkan bendera kejohanan kepada tuan rumah tahun depan iaitu KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan