Sejarah Kolej Vokasional Seberang Perai Pulau Pinang




​Kolej Vokasional Seberang Perai terletak di Mukim 13 Bukit Minyak, projek ini telah dimulakan pada 13 September 1997 dan menelan belanja sebanyak 33.5 juta. Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai Pulau Pinang (SMTSPPP) telah dibina di atas tanah seluas 35 ekar dan bangunan-bangunannya dibahagikan kepada empat bahagian iaitu pentadbiran, asrama, kuarters dan kompleks sukan.
 
Projek sekolah ini telah dikendalkan oleh YPM Realties Sdn Bhd dan diselia oleh jurutera Daerah JKR Seberang Perai Tengah. Projek pembinaan SMTPPP sepatutnya dijangka siap pada 19 April 1999. Namun begitu, disebabkan berlakunya kegawatan ekonomi pada 1998, projek ini telah ditangguh selama 2 tahun. Pada 15 Oktober 2001, projek sekolah ini telah diserahkan secara rasminya kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Jubadi Bin Razal oleh Pengarah JKR Pulau Pinang dan Pegawai Pembangunan, Pengswastaan dan Bekalan Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
Tanggal 4 Mac 2002 merupakan detik bersejarah buat SMTPPP dimana seramai 232 orang pelajar sulungnya telah mendaftar. Kesemua pelajar tersebut  telah ditempatkan di asrama sekolah ini. Seramai 36 tenaga pendidik serta 13 orang staf sokongan sebagai perintis warga sekolah. Sekolah ini telah membuka tiga kursus pengajian kejuruteraan iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal.
 
Pada tanggal 1 Januari 2012 SMTPPP telah berubah kepada SMVSPPP iaitu Sekolah Menengah Vokasional Seberang Perai. Pada tanggal 1 Januari 2014, sekali lagi SMVSPPP telah bertukar ke Kolej Vokasional Seberang Perai (KVSEP). Hari ini KVSEP diterajui oleh Tuan Haji Zainol Bin Mohd Radzi selaku PengarahEn. Mohd Imran Bin Abdullah selaku Timbalan Pengarah AkademikHajah Rusnani Binti Ishak selaku Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Pn. Siti Khalijah Binti Sabu sebagai Ketua Jaminan Kualiti dan seramai 78 orang tenaga pengajar dan 16 orang staf sokongan.
 
Kolej Vokasional Seberang Perai (KVSEP) telah menawarkan lima program sesuai dengan transformasi yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita sekarang ini iaitu Program Teknologi Elektrik, Program Teknologi Elektronik, Program Teknologi Pembinaan, Program Teknologi Maklumat dan Program Perbankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan