Khamis, 10 April 2014

Kursus VLE-FROG Guru-guru KVSPPP 

Jawatankuasa Pusat Sumber KVSPPP dibawah unit VLE 1Bestarinet telah pun menganjurkan kursus khusus untuk semua guru-guru dan staf Kolej Vokasional Seberang Perai. 

Penganjuran kursus ini adalah sebagai salah satu arahan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

Bermula pada hari ini (1 April 2014), Kursus Virtual Learning Environment (FROG) sudah pun bermula untuk guru-guru Kolej Vokasional Seberang Perai (KVSPPP) Kohort yang pertama. Kursus ini dikendalikan oleh jurulatih kami yang terkenal, Cikgu Mohd Israr Hassan. Semua guru diwajibkan untuk mengikuti kursus ini dan memanfaatkannya untuk tujuan P&P.


Barisan guru/pensyarah sedang tekun mendengar taklimat dan mengikuti kursus dengan tekun..


Jurulatih utama KVSPPPP. En Mohd Israr Muhamad Hassan sedang memberi arahan dan tunjuk ajar asas pembinaan blog VLE FROG masing-masing


wajah ceria dan gembira sepanjang guru menjalani kursus ini... guru-guru jangan lupa yer untuk update dashboard masing-masing...

TAHNIAH FROGGER...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan