Rabu, 30 April 2014

"JELAJAH INDUSTRI 2014"- MAJLIS MENANDATANGANI SURAT NIAT

                       TARIKH : 30 APRIL 2014

                    TEMPAT : BILIK MESYUARAT,KVSPPP

AGENDA : MAJLIS MENANDATANGANI SURAT NIAT ANTARA 4 SYARIKAT DENGAN KOLEJ VOKASIONAL SEB. PERAI....TERIMA KASIH SEMUA...

SYARIKAT TERLIBAT:   


1. AMBANG SEGMEN ENT.
2. MEKAR AKTIF ENT.
3. AZM GEMILANG ENT.
4. JAMIL BIN JAFFAR.

TERIMA KASIH KEPADA PENGURUS-PENGURUS SYARIKAT BERIKUT. SEMOGA USAHA KITA AKAN SAMA-SAMA MEMARTABATKAN KOLEJ VOKASIONAL KE MATA DUNIA....SYABAS DAN TAHNIAH...






Tn. Pengarah, En Husain Marican Hassan memulakan majlis dengan ucapan selamat datang dan terima kasih.


Penerangan bersama beberapa syarikat terlibat sebelum majlis menandatangani surat niat.


AMBANG SEGMEN ENT.



AZM GEMILANG ENT.



MEKAR AKTIF ENT.



JAMIL BIN JAFFAR.



Terima kasih kepada syarikat yang sudi bersama mengerakkan transformasi Kolej Vokasional Ini.

Isnin, 28 April 2014

MESYUARAT PENYELARASAN JELAJAH INDUSTRI ZON PULAU PINANG.


TARIKH : 28 APRIL 2014

TEMPAT : BILIK MESYUARAT,KVSPPP

"SEMOGA SEMUANYA BERJALAN LANCAR UNTUK MEMPERKASAKAN LAGI KOLEJ VOKASIONAL KE MATA DUNIA..." — at Kolej Vokasional Seberang Perai.

Tn. Pengarah KVSP, En. Husain Marican Hassan mempengerusi mesyuarat.

Ahad, 27 April 2014

Workshop Pengurusan Jenazah di MASJID TUAN HJ. MAD DESA,BKT. MINYAK


NAMA KURSUS : Workshop Pengurusan Jenazah


TARIKH : 27.4.2014

TEMPAT : MASJID TUAN HJ. MAD DESA,BKT. MINYAK


38 Peserta Al Amin Crew KVSPPP Terlibat dalam Workshop Pengurusan Jenazah di MASJID TUAN HJ. MAD DESA,BKT. MINYAK (MTHMD) - BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG .. Tahniah...


Selasa, 22 April 2014

PASUKAN KAWAD KRS BERAKSI SEMULA...

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM

PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

MASA : 21 & 22 APRIL 2014
TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG


      Pasukan kawad kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS) KVSPPP telah pun memulakan kempen untuk menjuarai kawad kaki pada tahun ini. Dengan latihan dan perancangan yang rapi dan teliti, pasukan tahun ini telah masuk bertanding. 

                                                                Dengan giliran sebagai pasukan ketiga masuk padang, pasukan tahun ini telah memulakan dengan mantap dari arahan suara ketua platun mahupun hentakan padu para ahli platun. 
Pasukan masuk padang....

PASUKAN KRS L3 SIAP SEDIA UNTUK DI UJI TUAN....

       Kesiapsiagaan dan kesegakkan pasukan jelas menampakan usaha menuju kejayaan... Bermula melapor sehinggalah selesai melakukan ujian, pasukan tampak yakin dan melakukan sehabis baik..

       Akhirnya keputusan keluar... 

            KETUA PLATUN  .............. NO 2
              PLATUN      .............. NO 3

      Begitulah keputusan yang dihadiahkan untuk tahun ini. Apa-apa pun usaha dan keyakinan telah pun diusahakan. 

TERIMA KASIH kepada TN HJ FAIZAL dan UST ANUAR dalam usaha menyediakan pasukan pada tahun ini. TAHNIAH KEPADA KALIAN....


Ahad, 20 April 2014

MAJLIS PENUTUPAN VOKTEK 2014 ZON PULAU PINANG


         BUKIT MERTAJAM, 19 APRIL 2014 : Karnival VOKTEK Peringkat Zon Pulau Pinang telah pun melabuhkan tirainya semalam. Tuan rumah kali ini, KV Seberang Perai (KVSPPP) telah pun berjaya menganjurkan kejohanan yang disertai oleh 5 kolej dan sebuah sekolah menengah teknik . 

        Barisan tetamu kehormat
     Selain KVSPPP,kolej lain yang memeriahkan karnival kali ini adalah Kolej Vokasional Nibong Tebal, Kolej Vokasional Butterworth, Kolej Vokasional Balik Pulau, Kolej Vokasional Batu Lanchang dan Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra.

Suasana di dalam Dewan AlAdzim semasa upacara perasmian penutup

         Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra telah menjadi Juara Keseluruhan bagi edisi tahun ini. Satu majlis penutup telah di adakan di Dewan Al Adzim, KVSPPP dan dirasmikan oleh Pegawai Pejabat Daerah SPT.

        Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang

       Kemeriahan majlis perasmian penutup yang dihadiri oleh guru dan wakil dari kolej masing-masing. Pemberian hadiah dan pengumuman pemenang disampaikan kepada para atlit sukan yang berjaya kali ini.
       

          Diakhir majlis juga menyerahkan bendera kejohanan kepada tuan rumah tahun depan iaitu KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG.



                

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN PADU ANDA...
                        
                                                SYABAS DAN TAHNIAH...

                URUSETIA, SQUAD PENYOKONG DAN PENGARAH KVSPPP....

Sabtu, 19 April 2014

JUARA BOLA SEPAK VOKTEK 2014 ZON PULAU PINANG




KV Seberang Perai telah pun berjaya menjadi johan bagi edisi Voktek 2014 Zon Pulau Pinang kali ini. 


TAHNIAH KEPADA TEAM BOLA SEPAK KVSPPP KERANA MENJADI JOHAN BOLA SEPAK VOKTEK 2014....KVSPPP MENEWASKAN SMT TARP DENGAN 3-2 MENERUSI PENENTUAN SEPAKAN PENALTI SELEPAS MASING-MASING TERIKAT DENGAN 0-0...TAHNIAH SEMUA.....

Pasukan bola sepak KVSPPP bersama tuan pengarah dan jurulatih dan guru dan staf pembantu

Penyokong bersemangat sebelum pertandingan bermula
        

      Pertandingan yang berlangsung pada 19 Apr 2014, di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Pentas akhir kali ini di buat di stadium yang terkenal di Pulau Pinang bagi menaikkan lagi semangat serta kualiti pertandingan kali ini.

Sebahagian penyokong tertarik aksi pemain


    
     Sokongan yang padu dari barisan guru, staf dan pelajar memberikan satu suasana pertandingan akhir yang meriah dan menarik.





Aksi dari kedua-dua pasukan seimbang di sepanjang perlawanan

Persediaan sebelum memulakan sepakan penalti penentuan pemenang.