Rabu, 26 Mac 2014

KEJAYAAN DI ICOMPEX 2014

Innovation And Invention Competition Through Exhibition, iCompEx'14

24-25 Mac 2014
PoliMAS, Jitra,Kedah

Pasukan Inovasi dan Rekacipta KVSPPP telah pun menyertai satu pertandingan peringkat Kebangsaan iaitu iCompEx'14 yang telah berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua agensi untuk mempamer dan mempersembahkan idea dan rekaan masing-masing.

Exhibition ini yang memakan masa 2 hari dan disertai hampir 700 penyertaan dari pelbagai peringkat sama ada jabatan kerajaan, ipta, ipts, sekolah mahupun swasta.


KVSPPP telah menghantar 2 penyertaan iaitu E-LOV dan EZ-TFC dalam Class IV : Manufacturing Process, Machines and Equipment (Mesin, Peralatan dan Proses Pengilangan).. Setipa pasukan di anggotai oleh 3 orang pelajar tingkatan 5


Sesi penilaian oleh juri terhadap pasukan KVSPPP sedang dijalankan..


alhamdullilah.. inilah keputusan juri yang telah mengadili pasukan kami...


anugerah yang telah pasukan KVSPPP terima.. 

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERIKAN SUMBANGAN DAN DORONGAN SERTA KEPERCAYAAN KEPADA PASUKAN INOVASI DAN REKACIPTA KVSPPP 2014...

Jumaat, 21 Mac 2014

MESYUARAT PIBG KVSPPP KALI KE-12


MESYUARAT PIBG KVSPPP
KALI KE-12

TARIKH : 21 MAC 2014.
                  TEMPAT : DEWAN AL-ADZIM, KVSPPP

Pada 21 Mac 2014 hari Isnin petang telah berjaya di adakan satu mesyuarat Persatuan IbuBapa dan Guru bagi Kolej Vokasional Seberang Perai, Pulau Pinang. Mesyuarat tahunan ini berjaya diadakan dan juga telah membuat lantikan ahli bagi sesi 2014/2015, bagi meneruskan kesinambungan dan kejayaan anak didik kami.


Barisan guru-guru menunggu ketibaan para waris dan mengedarkan laporan tahunan kepada waris yang hadir. Kehadiran yang memberangsangkan membantu memartabatkan PIBG KVSPPP.


Background mengalu-alukan ketibaan para ibubapa dan guru untuk bermesyuarat.


Tuan pengarah, En Husain Marican dan Wakil guru, Tn Hj Faisal siap dan bersedia memulakan mesyuarat.


Penyerahan sijil penghargaan kepada Tn Hj Omar bin Man selaku PIBG sesi 2013/2014.


BARISAN BARU PIBG KVSPPP 2014/2015..SELAMAT MENJALANKAN TUGAS UNTUK KEJAYAAN ANAK-ANAK DI KV SEBERANG PERAI..

MARILAH BERSAMA-SAMA BERGANDING BAHU BERSAMA GURU-GURU UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG...

Khamis, 20 Mac 2014

MTQSS 2014

MTQSS 2014

TAHNIAH...TAHNIAH..TAHNIAH.....TEAM-TEAM USTAZ KVSPPP TERBAIK......ALHAMDULILLAH....

Tahniah kemenangan membanggakan nasyid no2 qasidah no3

2013 BEST SPM CANDIDATE...

SEGULUNG TAHNIAH KEPADA

MUHAMMAD AL-HADI BIN ABDUL BASIR.....PELAJAR TERBAIK SPM 2013....


BERSAMA DENGAN WARIS PELAJAR

SUASANA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2013

SUASANA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2013

Tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM 2013. Tahniah juga kepada barisan guru yang tidak kenal penat lelah mengembeleng tenaga dalam memastikan kejayaan anak-anak bangsa demi agama bangsa dan negara.

Antara pelajar yang hadir dan sempat bergambar bersama-sama Tuan Pengarah Kolej Vokasional Seberang Perai.

kegirangan dan kegembiraan jelas terpancar dari wajah-wajah kejayaan pelajar KV Seberang Perai, Pulau Pinang

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM BAHAGIAN 1

KEPUTUSAN SPM 2013
20 MAC 2014
(BAHAGIAN 1)

Suasana di Bilik Gerakan - Guru-guru dan pentadbir Kolej Vokasional Seberang Perai sedang bertungkus-lumus meneliti dan memasukkan data keputusan peperiksaan SPM 2013. 

Selepas ini bekas pelajar akan menerima slip keputusan Peperiksaan SPM masing-masing di Dewan al-Adzim.



Slip keputusan SPM 2013 baru sahaja di bawa ke bilik gerakan untuk tujuan analisa oleh pihak sekolah.



Diketuai oleh En Tengku Nor Azmi sedang sibuk mengagihkan tugasan agar proses analisa dapat diselesaikan dengan kadar segera dan teratur.



 Analisa yang sedang dilakukan oleh unit penilaian dan pentaksiran kolej amat penting untuk menilai dan mendapatkan data lengkap pencapaian pelajar 2013.
Data yang diperolehi juga perlu bagi menaik taraf serta membuat post mortem untuk SPM 2014.






Tuan Pengarah, En Husain Marican dan Timb Pengarah Akademik En Abdull Rahman Mahmod bersama-sama unit untuk mendapatkan gambaran awal pencapaian SPM 2013.

Alhamdullilah & tahniah semua..

Rabu, 19 Mac 2014

PENGUMUMAN KEPUTUSAN STPM KV SEBERANG PERAI

Keputusan STPM 2013 Kolej Vokasional 

19 MAC 2014


PELAJAR TERBAIK ADALAH 
ISWANUR ATIQAH BT ISMAHISHAM - PNG 3.75

6 ORNG PELAJAR MENDAPAT PNG 3.00 KE ATAS.

GEOGRAFI,PENG.PERNIAGAAN DAN SAINS SUKAN = LULUS 100%

PENGAJIAN AM DAN SEJARAH = LULUS 92%

PNGK - 2.91

KEPUTUSAN STPM 2013 ADALAH YANG TERBAIK BERBANDING TAHUN-TAHUN YANG LAIN....STPM YANG TERAKHIR....

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU-GURU PRA-U KERANA MENGERAH SEGALA KERINGAT DAN ILMU DALAM MENCAPAI KEJAYAAN...

SEMOGA KEJAYAAN INI DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH S.W.T....TAHNIAH JUA KEPADA SEMUA PELAJAR PRA-U BAGI STPM 2013...SEMOGA IANYA MENJADI TITIK TOLAK UNTUK MASA DEPAN ANDA...SEMOGA BERJAYA....

Jumaat, 14 Mac 2014

MAJLIS PERPISAHAN GURU-GURU YANG BERTUKAR & NAIK PANGKAT-KGS 2014

TARIKH : 14 MAC 2014
TEMPAT : KANTIN KVSPPP

"SELAMAT MAJU JAYA SEMUA...
TERUSKAN UASAHA GIGIH ANDA DI TEMPAT BARU"

ALLAH MAHA BERKUASA....KITA HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN SEGALA-GALANYA.....maka dengan itulah Guru-guru Tingkatan 6 akan bertukar ke sekolah lain. Cg. Norzihana, Cg Rohana Md Nor dan Cg. Noraini akan ke SMK (perampuan) St. George's, Pulau Pinang manakala Cg Haslina akan ke SMK Mutiara Impian.


Timb. Pengarah Akademik, Pn. Zaniah akan ke SMK Taman Widuri atas kenaikkan pangkat menjadi Pengetua....Jamuan kali ini jua menjempu CG Jamnah yang turut bertukar hujung tahun lepas ke SMK Bandar Tasek Mutiara dan En. Edrus,penyelia kanan asrama ke KV Kulim.....Terima kasih semua..kami mendoakan anda semua akan menjadi yang terbaik dan bersemangat untuk membantu cemerlangkan sekolah penempatan baru anda semua....JASA ANDA KAMI KENANG....terima kasih...terima kasih...terima kasih.....Insha Allah selepas ini kita akan terus bekerjasama dalam apa jua bentuk....
'SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU'

CG ZIHANA.....


CG NORAINI....

EN. EDRUS....

CG. ROHANA....
CG HASLINA.....

                                                              

Selasa, 11 Mac 2014

MEMO
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
KALI KE-12

TARIKH  : 21 MAC 2014

TEMPAT  : Dewan al-Adzim, KVSPPP

MASA  : 3.00ptg.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR MEKANIKAL KE UNIKL MSI

UNIVERSITI KUALA LUMPUR 
MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE
6 MAC 2014

Alhamdulillah dapat juga semua pelajar Jurusan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal menjalankan apa yang dirancang....terima kasih Allah...Berjaya jua kami membuat Lawatan Sambil Belajar ke UniKL MSI,Kulim High-Tech untuk menimba sedikit ilmu tentang perjalan mesin lanjutan di bengkel pembuatan mereka...

       Terima kasih tidak terhingga kepada pihak UniKL MSI kerana memberi kami komitmen 100% dalam menjayakan lawatan kali ini.
Terutamanya Engr. Norhalimatul ataupun lebih dikenali dengan panggil madam lie....tak lupa jua kepada kak ummi khalsom dan juga wakil pensyarah yang memberi input tentang halatuju kami di UniKL MSI....tidak lupa jua kepada semua tenaga-tenaga pengajar dan juruteknik di bengkel pembuatan kerana memberi penerangan dengan begitu sempurna...Jasa anda semua akan kami kenang..semoga Allah membalas budi baik anda...kelak..ameen....

wakil Pensyarah UniKL MSI...
lawatan ke Lab Automasi/Elektronik

Bengkel Pembuatan Yang Amat luas dan canggih...
Cg Zaki dan Cg Mansor turut teruja....

Isnin, 3 Mac 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE

21 FEB. 2014
DEWAN AL-ADZIM,KVSPPP

Alhamdulillah satu lagi program ilmiah yang bertujuan membantu para pelajar yang bakal mengambil SPM 2014. Program Mentor Mentee ini merupakan salah satu program yang akan dikelolan oleh setiap guru dan meraka akan mempunyai mentee masing-masing.


Insha Allah segala permasalahan dan ketidakfahaman di dalam subjek-subjek khususnya permasalahan di dalam PdP akan dirujuk dan dibincangkan bersama-sama Mnetor masing-masing.Berkat kesungguhan dan sikap mahu berjaya akan menjadikan titik tolak untuk setiap pelajar-pelajar KVSPPP yang bakal menduduki SPM akan berjaya kelak. "DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN"                                                        

Bersama-samalah kita berdoa dan terus berdoa agar kejayaan Allah akan berikan pada kita semua...SELAMAT MAJU JAYA semua guru-guru dan pelajar-pelajar. Gunakanlah segala peluang yang ada agar sentiasa dapat membuat perubahan untuk menjadi di kalangan yang terbaik.




SIMBOLIK PENYERAHAN MENTEE KEPADA TUAN PENGARAH KVSPPP SEBAGAI MENTOR....TAHNIAH TUAN HUSAIN MARICAN BIN HASSAN PKT...SEMOGA BERJAYA...

SIMBOLIK PENYERAHAN MENTEE KEPADA TIMB. PENGARAH AKADEMIK KVSPPP SEBAGAI MENTOR...PN. ZANIAH MOHD ALI...SEMOGA BERJAYA...









MERENTAS DESA DI CELAH-CELAH TAMAN.....

Di pagi Jumaat tanggal 14 Feb 2014, merupakan hari yang penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah. Acara yang dinanti-nantikan iaitu Merentas desa 2014 akan dijalankan....Berbekalkan semangat juang yang tinggi, setiap Rumah Sukan iaitu Biru,Kuning,Merah dan Hijau membuat persiapan yang begitu mantap dan teratur untuk mengharungi laluan merentas desa dengan penuh semnagat kesukanan agar Rumah Sukan mereka menjadi Juara Keseluruhan.
    
      Terima asih kepada Pengarah Kolej Vok. Seb. perai kerana sudi merasmi dan melepaskan bagi acara lelaki/perempuan pada kali ini...


Tahniah Kepada Rumah Biru kerana menjadi juara keseluruhan bagi acara Merentas Desa....Ada dua acara untuk menentukan Rumah Sukan mana yang akan menjadi Juara Tahun ini....Insha Allah selepas ini kita akan ke acara sukantara dan Kejohanan Sukan....Jumpa lagi!!!

BARISAN PEMENANG KATEGORI PEREMPUAN

BARISAN PEMENANG KATEGORI LELAKI

TAHNIAH RUMAH SUKAN BIRU....JOHAN MERENTAS DESA....