Jumaat, 24 Februari 2017

Taklimat Dan Perbengkelan Pelaksanaan Dan Penyediaan Dokumen Audit Pusat Bertauliah Persijilan Kemahiran Malaysia Siri 1/2017

24 Feb 2017 - 9.00pagi - Mesyuarat Pelarasan Dokumen Audit Pentauliahan Pusat Bertauliah Persijilan Kemahiran Malaysia Bil 1/2017

3.00 ptg - Taklimat Dan Perbengkelan Pelaksanaan Dan Penyediaan Dokumen Audit Pusat Bertauliah Persijilan Kemahiran Malaysia Siri 1/2017. Di sampaikan oleh En Syafirun Bin Hashim Penyelaras Pusat Bertauliah KVS3P.


Bengkel Pengurusan Pelupusan Aset Alih Kerajaan 1/2017

23 Feb 2017 - Bengkel Pengurusan Pelupusan Aset Alih Kerajaan 1/2017. Penceramah : En. Senthil Kumaran a/l Alagisan Pen Pengawai Penyelenggaraan, PPA Sg Petani. 


Rabu, 22 Februari 2017

PROGRAM DERMA DARAH KVS3P

22 Feb 2017 (Rabu) - Program derma darah anjuran Unit Sukan dan KoKurikulum KVS3P. Terima kasih dan tahniah kepada yang menderma hari ini. Jasa dan pengorbanan membantu banyak insan dan nyawa hari ini.


Jumaat, 17 Februari 2017

Taklimat Keselamatan dan Integriti Pengurusan Peperiksaan dan Pentaksiran

17 Feb 16 - Taklimat Keselamatan dan Integriti Pengurusan Peperiksaan dan Pentaksiran Kepada Semua Pendidik di KVS3P dari JPNPP

Terima kasih kepada pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Seberang Perai Tengah sudi hadir dan memberi tunjuk ajar pada kami :-

  • Mohd Husni Abdul Manaf

            - Penolong Pengarah Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang

  • Tn Hj Fauzi Ismail


  • Tn Hj Abd Rahman Hj Hashim


  • Abdullah Hassan  





Bengkel Pembangunan PortfolioAmali SKM

17Feb17 - Bengkel Pembangunan PortfolioAmali SKM Tahap 3 4 5 Bengkel dan taklimat di sampaikan oleh En. Mohd Nizam Mohd Salleh, Pen. Pengarah Kanan 1 JPK - Zon Utara


Jumaat, 10 Februari 2017

MERENTAS DESA

10 Feb 2017, Acara tahunan KVS3P iaitu MERENTAS DESA telah pun berjaya di lakukan dengan jayanya. AlHAMDULLILAH syukur dengan RahmatNya serta bantuan dari semua pensyarah dan staf KVS3P serta  Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police) .


Pn Najmin Ghazali mewakili Jab ICT (Johan Merentas Desa KVS3P 2017)

Pemeneng Pelajar Perempuan

Pemenang Pelajar Lelaki

Kemeriahan Acara Merentas Desa Tahunan KVS3P


Khamis, 9 Februari 2017

MAKAN MALAM SEMPENA KEMASUKAN PELAJAR TAHUN 1, 2017

9 Feb 2017, Acara makan malam diadakan pada sebelah mlm pula,sebagai acara kemuncak dalam meraikan pelajar baru tahun 1 2017. Semoga perjuangan menuntut ilmu anda disini sebagai pemulaan kejayaan hidup anda. INSHA Allah


SUKANEKA ASRAMA KVS3P 2017

9 Feb 2017 Pihak asrama KVS3P bersama dengan barisan MPP telah menganjurkan acara Sukaneka Asrama KVS3P . Pelbagai acara telah diadakan dengan penglibatan semua pelajar. Kemeriahan terasa apabila persaingan yang sihat dan gembira dalam setiap acara yang di anjurkan. TAHNIAH.



Isnin, 6 Februari 2017

Ahad, 5 Februari 2017

PELANCARAN JOM KE SEKOLAH DAN PETI ADUAN MURID

6 Feb 2017 (Isnin) - Pelancaran Jom Ke Sekolah. Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antaran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak sekolah dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) serta membugarkan kembali penggunaan PETI ADUAN MURID. TERIMA KASIH INSP.Nurul Ashikin Bt Alias dan INSP Mohd Azhar bin Abd Aziz dari PDRM




GOTONG ROYONG PERDANA MTHMD

5 Feb 2017 (Ahad) - Gotong Royong Perdana Masjid Tuan Hj Md Desa, Bukit Minyak. Bersama MPSP dan Asrama KV Seberang Perai.