Jumaat, 20 Jun 2014

HARI ADAB BELAJAR KVSPPP 2014 {20 JUN 14}

HARI BERTEMU PELANGGAN BAGI BERKONGSI DAPATAN ANAK-ANAK DIDIK KV SEB. PERAI UNTUK BERTUKAR-TUKAR PANDANGAN DAN KOMEN GURU SERTA WARIS BAGI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAGI PELAJAR SPM DAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1 TAHUN 1,KV....ALHAMDULILLAH RAMAI WARIS YANG HADIR....TERIMA KASIH SEMUA.....

Khamis, 19 Jun 2014

KERATAN AKHBAR


akhbar KOSMO Isnin 16 Jun 2014

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013

TEMPAT : INSTITUT KWSP, BANGI, SELANGOR
TARIKH : 18 JUN 2014

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 bagi warga kerja guru dan staf Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik (Zon Semenanjung Malaysia) telah di adakan di Institut KWSP, Bangi, Selangor.


Majlis ini telah dirasmikan dan di meriahkan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Datuk Mary Yap Kain Ching. Majlis juga dimeriahkan oleh barisan pengurusan Bahagian Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia yang di dahului oleh Pengarah BPTV, Dato Hj Ahmad Tajuddin Bin Jab.


Alhamdullilah seramai 8 orang penerima dari KV Seberang Perai telah menghadiri majlis tersebut terdiri daripada Pn. Zaniah bt Md Ali (kini Pengetua SMK Tmn Widuri), Fahrizal Bin Mohd Abdoh, RAP Ishkandar Shah bin Raja Baharudin, Mohd Redzuan Bin Abidin, Mohd Israr Bin Mohamed Hassan, Muhammad Azhan bin Mohammad Johan, Norlizawati Bt Ab Rahman dan Syamsidatul Husna Bt Mohd Hussain.


Fahrizal Bin Mohd Abdoh, RAP Ishkandar Shah bin Raja Baharudin, Mohd Redzuan Bin Abidin, Muhammad Azhan bin Mohammad Johan dan Mohd Israr Bin Mohamed Hassan (tiada dalam gambar adalah Pn. Zaniah bt Md Ali ,Norlizawati Bt Ab Rahman dan Syamsidatul Husna Bt Mohd Hussain.)

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA APC 2013

Isnin, 16 Jun 2014

PENGHARGAAN BUAT SEMUA WARGA KVSPPP

Ucapan tahniah dan penghargaan kepada usaha dan kegigihan para guru dan staf KVSPPP telah diterima dari bahagian Akademik BPTV.


Penghargaan diterima atas kejayaan peningkatan pencapaian GPS 4.25 di dalam Peperiksaan SPM 2013. Diharap dengan kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dengan gigih lagi bagi melonjakkan lagi kecemerlangan insan anak-anak bangsa serta kejayaan sekolah.


TAHNIAH GURU DAN STAF KVSPPP
KEJAYAAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA
KERANA ALLAH TAALA

Khamis, 12 Jun 2014

TAHNIAH PHANTER RUGBY TEAM KVSPPP DI VOKTEK KEBANGSAAN

TAHNIAH....PHANTER RUGBY TEAM,KVSPPP....NAIB JOHAN SHIELD DI KEJOHANAN RAGBI,KARNIVAL VOKTEK KEBANGSAAN KALI KE-XVII DI MELAKA-NEGERI SEMBILAN, BPTV,KPM TAHUN 2014.....tahniah kepada semua pegawai/jurulatih/pemain...

Ahad, 1 Jun 2014

JASAMU DIKENANG

Seorang lagi orang kuat KVSPPP akan bertugas ditempat baru.. beliau dimaksudkan adalah CIKGU ROHAIZAD REZUAN.


TAHNIAH CIKGU ROHAIZAD kerana dinaikkan pangkat ke PKHEM/TPSA di KV Nibong Tebal.

KAMI WARGA KV SEB PERAI MENGUCAPKAN SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU....KAMI SENANTIASA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK CG ROHAIZAD SEKELUARGA.....

KERATAN AKHBAR


'UniKL MSI bantu tingkat minat Bahasa Inggeris', Utusan Malaysia (17 Mei 2014)

KERATAN AKHBAR

KOSMO (28 Mei 2014)

KEMBARA GUNUNG LEDANG, JOHOR

Persatuan Pendidikan Islam KVSPPP telah berjaya menakluki Gunung Ledang JohorDT. Pendakian yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Bin Abdullah bersama beberapa orang guru dan staf.