Khamis, 19 Jun 2014

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013

TEMPAT : INSTITUT KWSP, BANGI, SELANGOR
TARIKH : 18 JUN 2014

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 bagi warga kerja guru dan staf Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik (Zon Semenanjung Malaysia) telah di adakan di Institut KWSP, Bangi, Selangor.


Majlis ini telah dirasmikan dan di meriahkan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Datuk Mary Yap Kain Ching. Majlis juga dimeriahkan oleh barisan pengurusan Bahagian Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia yang di dahului oleh Pengarah BPTV, Dato Hj Ahmad Tajuddin Bin Jab.


Alhamdullilah seramai 8 orang penerima dari KV Seberang Perai telah menghadiri majlis tersebut terdiri daripada Pn. Zaniah bt Md Ali (kini Pengetua SMK Tmn Widuri), Fahrizal Bin Mohd Abdoh, RAP Ishkandar Shah bin Raja Baharudin, Mohd Redzuan Bin Abidin, Mohd Israr Bin Mohamed Hassan, Muhammad Azhan bin Mohammad Johan, Norlizawati Bt Ab Rahman dan Syamsidatul Husna Bt Mohd Hussain.


Fahrizal Bin Mohd Abdoh, RAP Ishkandar Shah bin Raja Baharudin, Mohd Redzuan Bin Abidin, Muhammad Azhan bin Mohammad Johan dan Mohd Israr Bin Mohamed Hassan (tiada dalam gambar adalah Pn. Zaniah bt Md Ali ,Norlizawati Bt Ab Rahman dan Syamsidatul Husna Bt Mohd Hussain.)

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA APC 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan